Wah! Dapat like dari Prof kat IG..
Tuesday, March 24, 2020
Wednesday, March 18, 2020
BBM3410Satu2020 - JENIS JENIS FLATLAY
JENIS -JENIS FLATLAY
BY LENGGANG KANGKUNG PRODUCTION
https://www.youtube.com/channel/UC290s7_fRL1brbOMiGpOszQ
Flatlay dapat dibahagikan kepada 4 sudut iaitu 90° ( flatlay), 45°( half flatlay) , 22.5°(quarter flatlay) , 0°(zero flatlay)
Credit : Tak Tercapai Akalmu - Elyana
(FMC Music Sdn Bhd)
Flatlay dapat dibahagikan kepada 4 sudut iaitu 90° ( flatlay), 45°( half flatlay) , 22.5°(quarter flatlay) , 0°(zero flatlay)
Credit : Tak Tercapai Akalmu - Elyana
(FMC Music Sdn Bhd)
Kursus : BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa
Pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Ahli Kumpulan Lenggang Kangkung Production:
195924 Niezaeshra Binti Haris
195982 Noor Suriyati Binti Sujono
196787 Mohamad Azmil Bin Mustapa
196987 Wais Qorni Bin Azizan
197319 Nurul Adila Riza Binti Saharudin
197423 Nurnina Yusrina Binti M.Radzy@Yusman
197500 Mohd Izzat Aidil Bin Abdull Rahman
198085 Syahrudin Bin Selamat
199265 Sabrina Binti Abdul Kadir
199322 Mohamad Thalhah Bin Jamil
Tuesday, March 10, 2020
BBM3410Satu2020: Asas Fotografi
LENGGANG KANGKUNG PRODUCTION
Video diatas merupakan salah satu tugasan yang dilakukan oleh ahli kumpulan Lenggang Kangkung Production berdasarkan asas-asas fotografi seperti 'over the shoulder', 'bird's eye view, siluet, kabur, pendua dan bayang.
ASAS-ASAS FOTOGRAFI
BY LENGGANG KANGKUNG PRODUCTION
https://www.youtube.com/channel/UC290s7_fRL1brbOMiGpOszQ
Credit : Shhh...
By : Elizabeth Tan
Penulis Lirik & Komposer : Faizal Tahir & Ezra Kong
(Warner Music Malaysia)
Credit : Shhh...
By : Elizabeth Tan
Penulis Lirik & Komposer : Faizal Tahir & Ezra Kong
(Warner Music Malaysia)
Kursus : BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa
Pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Ahli Kumpulan Lenggang Kangkung Production:
195924 Niezaeshra Binti Haris
195982 Noor Suriyati Binti Sujono
196787 Mohamad Azmil Bin Mustapa
196987 Wais Qorni Bin Azizan
197319 Nurul Adila Riza Binti Saharudin
197423 Nurnina Yusrina Binti M.Radzy@Yusman
197500 Mohd Izzat Aidil Bin Abdull Rahman
198085 Syahrudin Bin Selamat
199265 Sabrina Binti Abdul Kadir
199322 Mohamad Thalhah Bin Jamil
Normaliza Abd Rahim(2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Serdang, Selangor.
Friday, March 6, 2020
BBM3410Satu2020: NOTA ASAS GRAFIK
Berdasarkan buku Multimedia dalam Bahasa, asas grafik adalah perkara yang perlu diambil kira dalam penggunaan kamera, video atau perkara yang melibatkan unsur-unsur grafik. Grafik diketahui sebagai imej yang berbentuk paparan. Dalam menghasilkan grafik yang berkualiti, menarik dan cantik, terdapat beberapa elemen yang perlu diketahui. Elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu:
☺ Mudah
- Mudah yang dimaksud adalah apabila seseorang melihat grafik atau video tersebut, individu tersebut memahami maksud yang disampaikan.
- Contoh: Sekeping foto sekuntum bunga mawar yang berwarna merah. Seseorang individu yang melihat foto itu akan faham bahawa itu adalah foto bunga mawar yang berwarna merah.
☺ Warna
- Kombinasi warna ataupun satu sahaja jenis warna dalam sesuatu gambar atau video. Biasanya warna yang digunakan tidak melebihi tiga jenis warna.
- Contoh: Sekeping foto di sebuah pulau yang mempunyai pokok-pokok dan awan beserta air laut. Terdapatnya pokok-pokok berwarna hijau di palau, air laut yang berwarna kebiru-biruan dan juga warna putih awan dan langit yang berwarna biru cair.
☺ Teks
- Jenis dan saiz font yang digunakan dalam sesuatu grafik atau video. Teks yang terdapat dalam grafik digunakan untuk memberi pemahaman kepada yang melihatnya.
- Contoh: Iklan makanan segera yang disertai teks seperti nama dan harga makanan tersebut.
☺ Kesesuaian
- Grafik atau video sesuai dengan latar iaitu latar tempat, masa dan watak yang ada dalam foto atau video.
- Foto sekumpulan pelajar sedang makan malam di sebuah kedai mamak sambil menonton bola dengan keadaan suasana yang gelap tetapi diterangi dengan banyak lampu. Kita dapat lihat situasinya gelap tapi menggunakan banyak lampu menggambarkan situasi malam.
☺ Keseimbangan
- Ruang dalam grafik atau video seimbang pada kiri dan kanan serta atas dan bawah. Ruang kosong atau grafik yang sama berat di ruang tersebut.
- Gambar sebuah tempat peranginan yang penuh dibahagian kiri gambar diseimbangkan dengan pulau dan laut dibahagian kanan gambar. Manakala, bahagian atas gambar penuh dengan awan yang menyeimbangkan bawah gambar dengan bot, jetski dan sebagainya.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Serdang
TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)
_________________________________________________________________
Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati
daripada topik/tema suatu teks
_________________________________________________________________
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
isi, penutup dan kesimpulan
_________________________________________________________________
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
_________________________________________________________________
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori analisis wacana Vandijk (1977), dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Manakala struktur mikro pula memberikan fokus kepada makna lokal daripada sesuatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Terengganu
TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT(1997)
_______________________________________________________________________
Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott
_______________________________________________________________________
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
_______________________________________________________________________
1. Pengabaian / Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
_______________________________________________________________________
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
_______________________________________________________________________
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for
help Stalling
________________________________________________________________________
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
_________________________________________________________________________
12. Penangguhan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda
(hesitation devices)
__________________________________________________________________________
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.
MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM
MANFAAT INSTAGRAM
Menurut Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Instagram membantu dalam mempelajari cara merakam video untuk mencipta sebuah cerita pendek yang ringkas. Instagram juga membolehkan kita untuk menonton cerita pendek Instagram pengguna lain secara umum dan terbuka dalam akaun Instagram tersebut. Bukan itu sahaja, mereka yang mempunyai Instagram mampu mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram tersebut. Malah, pelajar juga mampu meningkatkan kemahiran baharu terhadap media sosial dan berkongsi pengetahuan mereka. Cerita pendek Instagram juga mampu membantu tenaga pengajar untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Selain itu, mereka yang menggunakan Instagram akan cenderung menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Dengan cerita pendek melalui Instagram ini, pengguna mampu menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar.
RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG
RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan
dibahagikan kepada tiga bahagian melalui kajian yang telah diambil daripada
beberapa orang responden. Antaranya ialah blog di dalam pengajian
kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Berdasarkan blog
di dalam pengajian kesusasteraan, genre yang terlibat adalah seperti puisi,
cerpen, skrip drama dan pantun. Kebanyakan responden memilih salah satu
daripada genre tersebut. Rata-rata responden yang sering menulis dalam blog
melalui genre ini merupakan responden wanita. Contohnya, responden wanita lebih
memilih blog untuk menulis cerpen pendek berbanding responden lelaki. Responden
menyatakan bahawa cerpen pendek bagi menambah baik kemahiran menulis.
Seterusnya, penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa
dalam kalangan responden. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh
dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui
pemikiran yang kritis daripada blog. Dalam bahagian ini juga, peratusan
menunjukkan responden wanita memperoleh peratusan lebih tinggi berbanding
responden lelaki. Misalnya, menulis di dalam blog merupakan cara mereka
meluahkan perasaan dengan baik terutama kepada responden wanita kerana mereka
lebih bersikap sentimental. Namun, bagi responden lelaki pula, mereka mungkin
tidak berminat untuk meluahkan perasaan mereka di dalam blog memandangkan ia
akan dibaca oleh orang lain dan juga akan membuatkan mereka berasa malu.
Kemudian, penulisan blog juga membantu responden di dalam proses pembelajaran
teknologi. Rata-rata mereka menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke
dalam blog. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa teknologi telah
memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Sebagai contoh,
responden lelaki dan wanita lebih cenderung dalam menyiarkan klip video dan
audio mereka di dalam blog. Namun, bagi gambar pula,responden wanita lebih
cenderung untuk memasukkan gambar mereka di dalam blog berbanding responden
lelaki kerana wanita menyatakan bahawa gambar mampu menceritakan segalanya.
Kesimpulannya, keputusan penulisan blog dalam pengajian kesusasteraan,
pembelajaran bahasa dan pembelajaran teknologi menunjukkan kebanyakan mereka
yang terlibat memperoleh keyakinan mereka untuk menulis di blog.
RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza
Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Universiti Malaysia Terengganu.
Terengganu
Subscribe to:
Posts (Atom)