☺ Mudah
- Mudah yang dimaksud adalah apabila seseorang melihat grafik atau video tersebut, individu tersebut memahami maksud yang disampaikan.
- Contoh: Sekeping foto sekuntum bunga mawar yang berwarna merah. Seseorang individu yang melihat foto itu akan faham bahawa itu adalah foto bunga mawar yang berwarna merah.
☺ Warna
- Kombinasi warna ataupun satu sahaja jenis warna dalam sesuatu gambar atau video. Biasanya warna yang digunakan tidak melebihi tiga jenis warna.
- Contoh: Sekeping foto di sebuah pulau yang mempunyai pokok-pokok dan awan beserta air laut. Terdapatnya pokok-pokok berwarna hijau di palau, air laut yang berwarna kebiru-biruan dan juga warna putih awan dan langit yang berwarna biru cair.
☺ Teks
- Jenis dan saiz font yang digunakan dalam sesuatu grafik atau video. Teks yang terdapat dalam grafik digunakan untuk memberi pemahaman kepada yang melihatnya.
- Contoh: Iklan makanan segera yang disertai teks seperti nama dan harga makanan tersebut.
☺ Kesesuaian
- Grafik atau video sesuai dengan latar iaitu latar tempat, masa dan watak yang ada dalam foto atau video.
- Foto sekumpulan pelajar sedang makan malam di sebuah kedai mamak sambil menonton bola dengan keadaan suasana yang gelap tetapi diterangi dengan banyak lampu. Kita dapat lihat situasinya gelap tapi menggunakan banyak lampu menggambarkan situasi malam.
☺ Keseimbangan
- Ruang dalam grafik atau video seimbang pada kiri dan kanan serta atas dan bawah. Ruang kosong atau grafik yang sama berat di ruang tersebut.
- Gambar sebuah tempat peranginan yang penuh dibahagian kiri gambar diseimbangkan dengan pulau dan laut dibahagian kanan gambar. Manakala, bahagian atas gambar penuh dengan awan yang menyeimbangkan bawah gambar dengan bot, jetski dan sebagainya.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Serdang
No comments:
Post a Comment