Friday, March 6, 2020

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

_________________________________________________________________
Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati 
daripada topik/tema suatu teks
  _________________________________________________________________
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
 isi, penutup dan kesimpulan
_________________________________________________________________
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati 
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
_________________________________________________________________

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori analisis wacana Vandijk (1977), dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Manakala struktur mikro pula memberikan fokus kepada makna lokal daripada sesuatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks. 



RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Terengganu


No comments:

Post a Comment