Friday, March 6, 2020

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG





Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan dibahagikan kepada tiga bahagian melalui kajian yang telah diambil daripada beberapa orang responden.  Antaranya ialah blog di dalam pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Berdasarkan blog di dalam pengajian kesusasteraan, genre yang terlibat adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Kebanyakan responden memilih salah satu daripada genre tersebut. Rata-rata responden yang sering menulis dalam blog melalui genre ini merupakan responden wanita. Contohnya, responden wanita lebih memilih blog untuk menulis cerpen pendek berbanding responden lelaki. Responden menyatakan bahawa cerpen pendek bagi menambah baik kemahiran menulis. Seterusnya, penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran yang kritis daripada blog. Dalam bahagian ini juga,  peratusan menunjukkan responden wanita memperoleh peratusan lebih tinggi berbanding responden lelaki. Misalnya, menulis di dalam blog merupakan cara mereka meluahkan perasaan dengan baik terutama kepada responden wanita kerana mereka lebih bersikap sentimental. Namun, bagi responden lelaki pula, mereka mungkin tidak berminat untuk meluahkan perasaan mereka di dalam blog memandangkan ia akan dibaca oleh orang lain dan juga akan membuatkan mereka berasa malu. Kemudian, penulisan blog juga membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Rata-rata mereka menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke dalam blog. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa teknologi telah memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Sebagai contoh, responden lelaki dan wanita lebih cenderung dalam menyiarkan klip video dan audio mereka di dalam blog. Namun, bagi gambar pula,responden wanita lebih cenderung untuk memasukkan gambar mereka di dalam blog berbanding responden lelaki kerana wanita menyatakan bahawa gambar mampu menceritakan segalanya. Kesimpulannya, keputusan penulisan blog dalam pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran teknologi menunjukkan kebanyakan mereka yang terlibat memperoleh keyakinan mereka untuk menulis di blog. 

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Universiti Malaysia Terengganu. Terengganu












































No comments:

Post a Comment