Friday, February 28, 2020

BBM3410Satu2020 MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak

Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti 

Ibu bapa yang disayangi 
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak dan adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Pada usia sebegini, tugas untuk menjadi seorang anak sangat mencabar minda, emosi dan sebagainya. Pelbagai cabaran yang dihadapi terutamanya sebagai seorang anak perempuan yang perlu dipelihara dan dijaga. Saya merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik dan mempunyai seorang kakak. Walaupun menjadi seorang anak perempuan, tetapi saya rasa saya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk diberikan kepada keluarga. Dengan menyambung pengajian Ijazah di sebuah universiti merupakan kebanggaan untuk diri dan keluarga. Ini merupakan platfrom bagi saya menambah ilmu pengetahuan serta mendapatkan kerja yang bagus untuk menyara keluarga saya suatu masa nanti. Walaupun ayah dan ibu bekerja, namun dengan cara ini saya cuba untuk membalas jasa mereka apabila mereka sudah tua dan tidak bekerja nanti. Tidak mampu saya untuk membalas segala jasa mereka dalam membesarkan saya, namun saya berusaha untuk mengubah nasib keluarga. Keluarga juga tempat saya berteduh dan meluahkan rasa cinta kita supaya menjadi seorang yang penyayang. Dengan keluarga juga, saya dididik untuk menjadi seorang yang berguna kepada diri, masyarakat, agama dan keluarga.




RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu. 





No comments:

Post a Comment