Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik

ULASAN TUGASAN ASAS GRAFIK

Minggu yang lalu, kami telah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah berkenaan dengan tajuk asas grafik dalam multimedia. Beberapa perkara perlu diambil kira semasa melakukan tugasan tersebut seperti kekemasan, kerjasama, pembahagian masa dan sebagainya. Kumpulan kami iaitu Lenggang Kangkung Production diberikan tiga bintang daripada pensyarah yang telah menyemak tugasan tersebut. Berikut merupakan hasil tugasan asas grafik yang dinyatakan.



 MUKA HADAPAN TUGASAN ASAS GRAFIK




 Asas Grafik : Mudah
Mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. 


 Asas Grafik : Warna
Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun video dan grafik seharusnya tidak mengandungi lebih daripada tiga warna.





Asas Grafik : Teks
 Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. 




Asas Grafik : Kesesuaian
Kesesuaian dalam grafik merujuk kepada grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto atau video. 




Asas Grafik : Keseimbangan
Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah. 



Foto ahli kumpulan bersama tugasan asas grafik



No comments:

Post a Comment