Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog



CARA MENULIS BLOG YANG BAIK



Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog yang baik :

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.


Terdapat 10 cara menulis yang tersenarai untuk menghasilkan penulisan blog yang baik. Pertama, perkara yang penting ialah tajuk. Tajuk yang dipilih dan digunakan perlulah mempunyai elemen yang mampu menarik pembacanya seperti tajuk yang terkini. Kedua, jika tajuknya sudah menarik perhatian, kandungan cerita juga perlu relevan dan tidak bosan supaya pembaca tertarik untuk membaca sehingga habis. Ketiga, dalam menghasilkan penulisan blog yang baik juga penggunaan ayat atau perkataan yang humor dan berbentuk jenaka mampu membuat pembaca tertarik. Keempat, segala hujah yang digunakan untuk menghuraikan penulisan perlulah logik dan relevan sehingga dapat membuatkan pembaca ingin tahu apa kandungan cerita yang seterusnya. Selain itu, penulisan perlu mempunyai kaitan dengan berita terkini untuk membuatkan pembaca tertarik untuk membaca dan mengetahui cerita selanjutnya. Seterusnya,  penggunaan dan struktur ayat yang ringkas dalam menghasilkan blog yang baik membuatkan pembaca faham dengan cerita yang disampaikan. Komunikasi yang baik terhasil kerana cerita yang disampaikan difahami dan kena dengan jiwa pembaca. Dengan memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan, pembaca boleh mengambil ikhtibar dan pengajaran cerita yang disampaikan. Akhir sekali, penulisan blog yang baik haruslah mempunyai elemen yang berilmu untuk penulisan pendidikan supaya dapat menjadi rujukan dalam pembelajaran.

RUJUKAN 

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019).  Eh!!! Media Sosial. Universiti Malaysia Terengganu.

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Normaliza  Abd Rahim, Arbaie Sujud, Che Ibrahim Salleh & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2008). Designing the blog: A Study with the Social Science Students at Kuala Lumpur Infrastructure University, Malaysia. Journal of the World Universities Forum, 1(5): 75-82.

Noraien Mansor, Nik Nur Hidayah, M., Normaliza Abd Rahim (2017). The Effect of  Activation of Background Knowledge Reading Strategy on Students' Reading Comprehension Performance: A Case Study. Man in India. Serials Publication, 97(2): pp.501-519 (ISSN: 0025-1569).

No comments:

Post a Comment