Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Tentang Diri

Assalamualaikum  ! 




 Ini adalah tentang diri saya. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya ialah Nurnina Yusrina Binti M.Radzy@Yusman.  Nama samaran ialah Nina. Saya berasal dari Johor dan menetap di kawasan Pontian. Saya berumur 22 tahun pada tahun 2020. Saya mempunyai 2 orang adik beradik. Saya anak bongsu dan mempunyai seorang kakak. Kedua-dua ibu bapa saya berasal dari Johor. Saya berketurunan Jawa dan Melayu.  Sebelum memasuki ke alam universiti, saya merupakan seorang pelajar di sebuah kolej tingkatan 6 satu-satunya di Johor dan mendapat keputusan yang cemerlang. Saya kini merupakan seorang mahasiswi di Universiti Putra Malaysia. Saya mengambil jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) dan sekarang berada di semester keempat. Saya seorang pencinta kucing. Bukan itu sahaja, dirumah saya sendiri mempunyai lebih 10 ekor kucing yang berbeza jenis seperti Parsi, Siam dan juga kucing kampung biasa. Saya juga seorang yang minat dalam bidang seni seperti muzik dan tarian. Sewaktu kecil, saya pernah menyertaikan sebuah kumpulan tarian tradisional Zapin yang bernama Cempaka Sari. dan sekarang masih meminati tarian. Begitu juga muzik, saya meminati genre lagu balada, R&B, pop dan sebagainya.  Tujuan saya dalam menghasilkan penulisan blog adalah sebagai ruang untuk meluahkan rasa hati dan cerita, mengisi masa lapang dan berkongsi ilmu serta maklumat untuk pendidikan.  Setakat ini sahaja coretanku tentang diri ini.  Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment