Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1


Sinopsis Cerita Sosial 1:

Alim dan keluarga pulang ke kampung nenek dan datuknya di Kajang.  Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung kerana ingin bermain dengan ayam dan itik. Mereka sampai di kampung, Alim terus keluar dan mencari ayam dan itik. Dia tidak menjumpainya lalu berasa sedih. Ibu bapanya sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta. Abang Imran dan Kak Madinah mengangkat beg masing-masing ke dalam rumah nenek dan datuk. Aisyah pula sibuk mencari permainan yang tertinggal di dalam kereta. Nenek dan datuk berlari kepada Alim yang sedang menangis. Alim berkata bahawa ayam dan itik sudah tiada dan mati. Nenek menyuruh Alim melihat sekumpulan ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk. Datuk berdiri di hadapan reban baharu sambil Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu itu. Dia tidak mengendahkan nenek dan datuk kerana seronok melihat ayam dan itik. Alim masuk ke rumah nenek dan datuk, dia  keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuknya yang berlainan daripada biasa. Alim sedih dan terus menangis kerana beranggapan bahawa rumah nenek dan datuk sudah tiada. Nenek memujuk Alim sambil berjalan sekeliling rumah sambil bercerita kepadanya. Alim berhenti menangis lalu duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama adik beradiknya. Ibu dan bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim hari itu. Mereka hairan tiba-tiba Alim menangis tanpa sebab.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

No comments:

Post a Comment