Tuesday, February 18, 2020

BBM3410Satu2020:Blanket Test

Semasa sesi pembelajaran, blanket test dilakukan oleh pensyarah kepada pelajar-pelajar di dalam kelas untuk menjawab soalan yang diberikan mengikut topik yang dipelajari iaitu Asas Grafik yang merangkumi aspek mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Soalan-soalan yang diberikan adalah secara rawak dan memilih beberapa kumpulan untuk menjawabnya. Setiap soalan yang diberikan dalam kumpulan, hanya seorang sekali sahaja yang boleh menjawab. Kumpulan kami iaitu Lenggang Kangkung Production memperoleh 4 markah dalam blanket test yang dilakukan berdasarkan soalan daripada buku Multimedia dalam Bahasa dan paparan skrin di dalam kelas. Berikut merupakan antara soalan yang dapat dijawab oleh ahli kumpulan kami:

1) Apakah maksud keseimbangan dalam asas grafik ?
Jawapan : Keseimbangan adalah merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang tersebut ialah ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah.

2) Muka surat keberapa bagi topik Rule of Thirds ?
Jawapan : Rule of Thirds ada pada muka surat 80 di dalam buku Multimedia dalam Bahasa.

3) Berikan 1 aspek grafik yang terdapat dalam gambar yang dipaparkan di skrin.
Jawapan : Aspek warna terdapat didalam grafik sebuah tempat pelancongan. Warna langit yang cerah sesuai dengan kombinasi warna laut yang berwarna agak gelap iaitu kebiru-biruan. Begitu juga warna lebih gelap dibahagian kiri grafik kerana terdapatnya tanaman berbanding sebelah kanan grafik.

4) Berikan 1 aspek grafik yang terdapat dalam gambar yang dipaparkan di skrin.
Jawapan : Aspek keseimbangan. Grafik menunjukkan situasi di sebuah jeti. Sebelah kanan grafik agak berat kerana terdapatnya bot dan batu batuan tetapi diseimbangkan dengan pulau di sebelah kiri grafik yang lebih besar dan tinggi berbanding sebelah kanan.

No comments:

Post a Comment