M11- TERJEMAHAN VIDEO (4)
4. Batasan Kajian ( Bab 1 ) #JomTulisTesis
Jadi, sambung dalam bab 1. Kita ada 1.7 iaitu batasan kajian.
Pelajar juga sering buat silap dalam bahagian ini. Jadi, biasanya saya cadangkan
dalam penulisan batasan kajian ini, anda boleh buat dalam bentuk jadual pada
mulanya. Dalam jadual ini, ada dua bahagian iaitu batasan kajiannya dan
justifikasi. Batasan kajian ini ialah kita ingin menyatakan justifikasi tersebut.
Anda perlu nyatakan mengapa anda memilih sampel tersebut, mengapa anda memilih instrumen
tersebut, mengapa anda buat soal selidik. Jadi, contohnya, anda meletakkan batasan
kepada 20 orang pelajar SK Serdang. Jadi, berikan justifikasi mengapa anda memilih
20 orang pelajar ini. Kemudian, 20 orang pelajar tadi anda tulis pelajar yang
berusia 9 tahun. Mengapa anda memilih 20 orang pelajar SK Serdang? Mengapa bukan
30 orang? Mengapa bukan 21 orang? Mengapa bukan 19 orang? Berikan justifikasi.
Mengapa SK Serdang? Mengapa bukan sekolah di Perlis? Mengapa bukan sekolah di
Terengganu? Anda perlu berikan justifikasi. Biasanya, batasan kajian ini diambil
daripada metodologi. Daripada metodologi tentang sampel atau responden, lokasi kajian
atau anda menggunakan buku teks bahasa Melayu tingkatan 5. Mengapa anda memilih
bahan-bahan tersebut? Berikan justifikasi. Dalam bahagian justifikasi ini, anda
boleh letak ayat. Misalnya, anda mempunyai rujukan seperti Normaliza Abd Rahim
(2019) mengatakan bahasa … memang boleh meletakkan 20 orang pelajar…. Tetapi justifikasi
tersebut perlulah ringkas dan ditulis dalam bentuk jadual. Kemudian, anda huraikan.
Sekiranya anda menggunakan temubual, kenapa justifikasi itu? Kadang-kadang,
orang tak letak sebab dah sememangnya tahu untuk buat temubual tidak perlu letak.
Yang penting adalah siapa sampelnya, mengapa umur 9 tahun, mengapa lokasi itu,
mengapa tidak dibuat di negeri lain contohnya. Huraikan satu per satu berserta ulang
justifikasi dengan ayat yang panjang. Jadi, hurailah dengan lebih jelas dan
lebih panjang lebar supaya tidak ada persoalan daripada pemeriksa. Jadi,
apabila ada justifikasi, pemeriksa dapat baca jadual dan faham mengapa anda berbuat
justifikasi sedemikian. Contohnya, novel
bertajuk Salina. Mengapa novel Salina? Mengapa bukan novel-novel lain yang ada
di pasaran DBP? Jadi, anda berikan justifikasi novel tersebut misalnya kerana
novel tersebut telah memenangi anugerah … ataupun ianya menjadi buku teks tingkatan
5 pada tahun… contohnya. Jadi, anda letakkan justifikasi tersebut. Pastikan justifikasi
berdasarkan batasan kajian itu. Jadi, semuannya perlu ada justifikasi dalam bentuk
jadual dan huraikan di bawah jadual tersebut supaya ia lebih jelas. Apabila jelas,
sememangnya tiada persoalan daripada pemeriksa. Dan juga dalam bahagian ini anda
perlu ada penanda wacana supaya Nampak sebagai penulisan akademik. Itu adalah perkara
yang amat penting. Jangan lupa batasan kajian.
TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS
4. Limitations of the Study ( Chapter 1 ) #LetsWriteAThesis
So, continue in chapter 1. We have 1.7 which is the
limit of the study. Students also often make mistakes in this section. So,
usually I suggest in writing the limitations of this study, you can make it in table
form at first. In this table, there are two parts, namely by the limitations of
the study and justification. The limitation of this study is that we want to
state the justification. You need to state why you chose the sample, why you
chose the instrument, why you created the questionnaire. So, for example, you
put a limit on 20 students of SK Serdang. So, justify why you chose these 20
students. Then, you wrote 20 students who are 9 years old. Why did you choose
20 SK Serdang students? Why not 30 people? Why not 21 people? Why not 19
people? Give justification. Why SK Serdang? Why not a school in Perlis? Why not
a school in Terengganu? You need to provide justification. Usually, the
limitations of this study are taken from the methodology. Methodology of the
responders, the location study or your use of the Malay language textbook level
5. Why did you choose these materials? Give justification. In this
justification section, you can place sentences. For example, you have a
reference like Normaliza Abd Rahim (2019) says language can indeed put 20
students…. But the justification must be concise and written in tabular form.
Then, you elaborate. If you use an interview, why the justification? Sometimes,
people do not put because they already know to do the interview do not need to
put. What matters is who the sample is, why it is 9 years old, why the location
is, why it is not made in other countries for example. Explain one by one along
with re-justification with a long sentence. So, explain more clearly and at
length so that there is no question from the examiner. So, when there is
justification, the examiner can read the schedule and understand why you made
such a justification. For example, a novel entitled Salina. Why Salina's novel?
Why not other novels available in the DBP market? So, you give justification
for the novel for example because the novel has won the… award or it became a
form 5 textbook in… for example. So, you put that justification. Make sure the
justification is based on the limitations of the study. So, everything needs to
be justified in the form of a table and describe it under the table so that it
is clearer. When it is clear, there is no question from the examiner. And also
in this section you need to have discourse markers to appear as academic
writing. That is a very important thing. Do not forget the limitations of the
study.
RUJUKAN
Pautan video: https://www.youtube.com/watch?v=oywLQj4vNXM
BUKTI SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL PROF:
No comments:
Post a Comment