Monday, December 21, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)

 M9 - QUOTATION (2)

 




NURNINA YUSRINA BINTI M.RADZY@YUSMAN   SABRINA BINTI ABDUL KADIR

                                        (197423)                                                        (199265)


1. Teks Asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness.

Terjemahan Melayu: Apabila seseorang memarahi anda, berikanlah senyuman dan memohon kemaafan daripada mereka.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum. "Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!" kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini,  perlahan-lahanya!" bisik ibu perlahan.


 2. Teks Asal: When you are at the lowest point in your life, just remind yourself that it will go away soon. Time heals.

Terjemahan Melayu: Apabila anda berada di tahap yang paling rendah dalam kehidupan, sentiasa mengingatkan diri bahawa semuanya akan pergi kelak. Merawat sesuatu memerlukan masa.

Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)

Pada suatu hari, Alim jatuh sakit. Badannya panas dan Alim tidak bermaya. Alim mudah jatuh sakit dan alim tidak pernah merungut. Bapa dan ibu membawa  Alim ke klinik berhampiran. Doktor memberikan ubat supaya Alim cepat sembuh. Apabila sakit, Alim tidak akan bercakap. Alim akan tidur di bilik. Alim tidak akan membaca buku cerita lagi. Abang, kakak dan adik sedih melihat keadaan Alim. Mereka menemani Alim di bilik, mereka cuba bercerita dengan Alim tetapi Alim tetap mendiamkan diri. Mata Alim terbuka tetapi Alim tetap kaku.

“Kenapa dengan abang, ibu?” ujar adik perempuan Alim sambil menangis.

“Abang tidak sihat, adik,” jawab ibu sambil memujuk adik perempuan Alim.

Abang dan kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis. Mereka semua berdoa supaya Alim cepat sembuh. Selang beberapa minggu, Alim pun sihat. Semua ahli keluarga gembira. Alim sudah mula membaca buku cerita bersama abang, kakak dan adik perempuan.


3. Teks Asal: Always be kind to others.

Terjemahan Melayu: Sentiasa membuat baik terhadap orang lain.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang istimewa)

"Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?" tanya Alim kepada ibunya." Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik", sambung Alim lagi.


 4. Teks Asal: Love and care for yourself first before you tend to love and care for others.

Terjemahan Melayu: Sayang dan jagalah diri anda dahulu sebelum merancang untuk sayang dan pelihara orang lain.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.


 5. Teks Asal: Say nice things, say good things and you will find happiness in life.

Terjemahan Melayu: Katakan perkara yang baik, katakana perkara yang mendatangkan faedah dan pastinya akan memperoleh kebahagiaan dalam hidup.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

“Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa,” kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah.


6. Teks Asal: I will not judge you. I am just a normal person.

Terjemahan Melayu: Saya tidak akan menilai kamu. Saya cumalah seorang manusia biasa.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

“Alim,mari ibu tolong!,” seru ibu dari dapur. Ibu terus berjalan ke arah Alim. Alim resah dan berjalan ke hulu dan ke hilir.

“Saya tak mahu buat, ibu,” kata Alim sambil menggaru-garu kepalanya.

Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum.

“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!,” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim.”Begini, perlahan-lahanya!,” bisik ibu perlahan.

Alim tersengih dan cuba menyapu sampah. Akhirnya,dia berjaya menghabiskan kerjanya. 


7. Teks Asal: To me, you are the most precious person in the world.

Terjemahan Melayu: Pada saya, awaklah orang yang paling berharga dalam dunia.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang istimewa)

"Alim, terima kasih beri buah-buahan kepada Sulaiman tadi," kata Mak Cik Timah kepada Alim.

"Sama-sama Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Ibu juga pesan, Sulaiman jiran yang baik. Mak Cik Timah pun baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran," jawab Alim sambil menganggukkan kepala.

"Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik," sebut Mak CikTimah dengan wajah yang sedih.

"Kenapa Mak Cik Timah sedih?," tanya Alim.

"Mak Timah tak sedih. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman," kata Mak Cik Timah sambil memandang ke arah Sulaiman yang membasuh basikal kecilnya.

"Alim  suka Sulaiman. Sulaiman kawan Alim," kata Alim lagi sambil melambai ke Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah.

Mak Cik Timah masih memandang ke arah Alim yang berjalan masuk ke rumah. Mak Cik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.


 8. Teks Asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you.

Terjemahan Melayu: Semasa saya melihat kamu, saya akan tersenyum. Sayang saya hanyalah untuk kamu sentiasa.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

“Kami  sayang dan rindu Alim,” kata ahli keluarga yang lain serentak. Mereka semua ketawa.

Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain.


9. Teks Asal: Kindness will speak the truth.

Terjemahan Melayu: Kebaikan akan mengatakan perkara yang benar.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

“Sama-sama Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran,” jawab Alim sambil mengangukkan kepala.

“Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik,” sebut Mak CikTimah dengan wajah yang sedih.

“Kenapa Mak CikTimah sedih?,” tanya Alim.

 “Mak Cik Timah tak sedih. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman,” kata Mak CikTimah sambil memandang ke arah Sulaiman yang membasuh basikal kecilnya.


10. Teks Asal: Be a better person today and you will find happiness.

Terjemahan Melayu: Jadilah seorang yang lebih baik hari ini dan kamu akan menemukan kebahagiaan.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Setiap hari,adik beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Alim juga menolong ibu bapanya setiap hari. Alim akan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Aisyah selalu lupa untuk mengemas permainan setelah bermain. Alim pula akan sentiasa menyimpan semula permainan setelah bermain. Ibu dan bapa akan berterima kasih kepada Alim.

“Alim anak yang rajin dan baik,” sebut ibu sambil memegang bahu Alim.

“Alim suka tolong adik,” kata bapa sambil tersenyum.

“Terima kasih ibu. Terima kasih bapa,” jawab Alim.



Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Bukti kehadiran minggu 9:



No comments:

Post a Comment