Monday, December 21, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK

Teks asal: Always be kind to others.

Terjemahan Melayu: Sentiasa berbaik-baik dengan orang lain. 

Cerita: Semut api dan semut hitam rajin mengumpul dan mencari makanan bersama-sama. Pada suatu pagi, mereka sedang asyik mengumpul makanan di busut, tiba-tiba datang si kerengga bersedih dan mengadu kelaparan. Puas dia mencari makanan tetapi tidak ditemui. Semut api dan semut hitam memberikan bekalan makanan yang telah mereka kumpul kepada kerengga. Kerengga berterima kasih dan seronok kerana dibantu oleh semut api dan semut hitam yang baik hati. (66 patah perkataan)


Bukti kehadiran minggu 9:



No comments:

Post a Comment