Wednesday, December 16, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

Ketika Prof Dr Normaliza ingin menyambung pelajarannya ke UK suatu ketika dahulu, Prof mencari rumah sewa yang berdekatan dengan kedai Pakistan kerana senang untuk mendapatkan makanan halal. Bukan hanya Prof sahaja yang berfikiran seperti itu,  setibanya Prof di sana rupa-rupanya ramai pelajar Malaysia yang tinggal di kawasan tersebut, ada persatuan pelajar Malaysia yang menyambut dan menjemputnya di lapangan terbang walaupun tempat Prof berjauhan dengan London (4 jam). Ramai masyarakat Melayu, kedai Pakistan yang banyak dan memudahkan serta makanan halal juga sangat mudah didapati. Pada ketika itu, pergi solat Jumaat juga senang sebab masjid tersedia. Namun, ada sedikit masalah apabila mempunyai komuniti Melayu yang terlalu ramai di sana, contohnya apabila pergi ke Supermarket, nampak kelibat orang Malaysia melalui cara, warna kulit dan personalitinya. Jadi, apabila mengetahui dia seorang Melayu, ada segelintir yang mengelak daripada berjumpa dan ditegur. Prof cuba memberi salam dan rupa-rupanya ada yang tidak suka ditegur. Walaupun bangga ada org Malaysia sama-sama di London, tetapi tidak semua nak berkawan dan terima teguran. Ada juga ketika Prof berjalan di London lalu terjumpa dengan artis Malaysia di sana, Prof memberi salam, tetapi artis itu hanya memberi reaksi terkejut. Sejak daripada itu, Prof mengambil ikhtibar untuk tidak menegur dan lebih baik diam dan senyum sahaja. Prof tidak berkecil hati kerana itu lumrahnya. Apabila kita di negara orang, kita akan rasa menghargai kewujudan orang Melayu yang sama tinggal dan bekerja di sana, tolong sesama sendiri tetapi tidak semua berfikiran seperti itu. Apabila kita di negara orang, kita lebih menghargai dan bangga menjadi rakyat Malaysia. Jika tinggal di sana jangan bersikap berlebih-lebih lagi-lagi kita seorang Muslim dan berhijab kerana orang negara tersebut tidak menyukainya. Ada suatu ketika, orang lelaki mabuk di sana marah dan menjerit menyuruh Prof pulang ke negara sendiri. Itu merupakan pengalaman Prof ketika berada di sana. Kesimpulannya, jangan duduk di negara orang terlalu lama. 


KEHADIRAN MINGGU 6
Bukti kehadiran minggu 6:



No comments:

Post a Comment