Friday, June 5, 2020

CERITA SOSIAL 2 ( NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4


CERITA SOSIAL 4


Berdasarkan cerita sosial 4, terdapat 3 nilai yang dapat kita ambil dan contohi. Antaranya ialah berdikari, bertanggungjawab dan berkongsi rezeki. Alim pandai mengemas katil sebelum ke sekolah, ini menunjukkan Alim seorang yang pandai berdikari dan tidak mengharapkan Ibunya untuk mengemaskan tempat tidurnya. Kedua, Cikgu Anis sangat bertanggungjawab dalam mendidik dan membimbing Alim sebagai seorang murid yang sopan dan menghormati orang lain. Ketiga, Alim suka berkongsi makanan dengan rakan-rakannya di sekolah. Ini menunjukkan bahawa Alim seorang yang suka berkongsi rezeki dengan orang lain.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment