Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

PENGENALAN

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
 (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Berdasarkan rujukan diatas, menulis di laman sosial seperti twitter mampu memberi kesan kepada proses penulisan pelajar. Sesetengah pelajar akan berasa malu dan terus berfikiran negatif jika ada orang lain yang membaca penulisannya. Hal ini kerana mereka kurang keyakinan untuk menulis mungkin kerana mereka takut dikritik oleh orang yang membaca penulisannya. Namun, ada juga pelajar yang gemar penglibatan seperti ini sebagai proses pembelajaran bahasa supaya mereka lebih fokus. Proses pembelajaran seperti ini digunakan bagi mengelakkan daripada salah faham  dalam pengajaran berlaku. Bukan itu sahaja, proses pembelajaran terkini boleh mengelakkan pelajar kebosanan dengan pembelajaran yang sedia ada dan seperti biasa.



RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment