BAHAGIAN A
STRATEGI KESOPANAN BROWN & LEVINSON (1987)
STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini.
Berikan saya bakul
besar itu. Lanpu itu berwarna hijau. Jemput masuk
Jemput makan.
|
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak
sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam
seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke
hospital, jika kamu tidak keberatan.
|
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang
mengambil kotak itu,
Mungkin!
Tolong berikan saya
pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit
arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong
merata-rata tidak dibenarkan.
|
Off-record
Wah, semakin sejuk
dalam bilik ini. Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.
|
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
BAHAGIAN B
RINGKASAN CERITA SOSIAL 2
Berdasarkan Cerita Sosial 2, bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli dari pasar tani kerana beliau tahu anak-anaknya gemar buah-buahan tempatan. Bapa Alim mengajak isteri dan anak-anaknya makan buah-buahan tersebut bersama-sama. Madinah dan Aisyah gembira melihat pelbagai jenis buah-buahan. Alim bertanya kepada ibunya untuk memberikan buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Alim teringat akan pesanan ibu bapanya supaya berkongsi barang atau makanan yang kita suka dengan orang lain kerana itu adalah perbuatan yang baik. Ibu mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah supaya Alim memberikannya kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapanya mengemas rumah. Semasa Alim membuang sampah kulit buah-buahan, dia terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih dan memuji Alim seorang anak yang baik kerana memberi buah-buahan kepada anaknya.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu