Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM







Berdasarkan Cerita Sosial 2, bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli dari pasar tani kerana beliau tahu anak-anaknya gemar buah-buahan tempatan. Bapa Alim mengajak isteri dan anak-anaknya makan buah-buahan tersebut bersama-sama. Madinah dan Aisyah gembira melihat pelbagai jenis buah-buahan. Alim bertanya kepada ibunya untuk memberikan buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Alim teringat akan pesanan ibu bapanya supaya berkongsi barang atau makanan yang kita suka dengan orang lain kerana itu adalah perbuatan yang baik. Ibu mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah supaya Alim memberikannya kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga.  Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapanya mengemas rumah. Semasa Alim membuang sampah kulit buah-buahan, dia terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih dan memuji Alim seorang anak yang baik kerana memberi buah-buahan kepada anaknya. 

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Terengganu

No comments:

Post a Comment