Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: KELUARGAKU SYURGAKU

Assalamualaikum, ini tentang keluarga saya. Ayah saya bernama M.Radzy@Yusman, namun orang kampung memanggilnya dengan nama gelaran Yus. Ayah seorang anak kelahiran Johor yang menetap di Pontian dan berketurunan Jawa. Ayah bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat Jepun yang dibuka di Johor Bharu sejak 20 tahun yang lalu. Ayah saya juga seorang usahawan separuh masa dalam pelbagai bidang bisnes seperti pembinaan dan landskap. Ayah telah dilahirkan pada 9 Jun 1967 dan kini berusia 53 tahun. Ayah ialah anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki. Manakala, ibu saya pula bernama Ruziah Binti Juperi. Nama samarannya ialah Ogy. Ibu lahir pada 20 Mei 1970. Ibu berasal dari Batu Pahat, Johor dan juga berketurunan Jawa. Ibu mempunyai 8 orang adik-beradik tetapi seorang telah meninggal kerana kanser.  Jodoh Ibu bersama Ayah dipertemukan semasa mereka bekerja di tempat yang sama ketika mereka muda. Melalui perkahwinan mereka, telah lahir saya dan juga kakak. Saya mempunyai seorang kakak bernama Nurlaila Suraya dan nama manjanya ialah Yaya. Kakak berusia 25 tahun dan bekerja sebagai guru tadika di sebuah tadika swasta Cina. Kami sekeluarga menetap di Pontian, Johor sejak 20 tahun yang lalu. 6 tahun yang lalu, kami tinggal bersama arwah nenek (sebelah ayah). Saya dan kakak mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan arwah nenek kerana dialah yang menjaga kami ketika Ayah dan Ibu bekerja,  sehinggalah dia meninggalkan kami buat selama-lamanya.



Gambar bersama ahli keluarga





No comments:

Post a Comment