Wednesday, January 6, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

 


1. Teks Asal: I can see in your eyes that you are a kind person.

Terjemahan Melayu: Saya dapat melihat daripada pandangan mata anda, anda seorang manusia yang baik.

Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri


2. Teks Asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation.

Terjemahan Melayu: Seorang sahabat adalah apabila dia memahami anda tidak kira betapa sukarnya anda untuk menjelaskan sesauatu situasi. 

Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)

Kawan-kawan semua

Inilah saya yang istimewa

Saya sentiasa berusaha

Menjadi insan yang berguna


3. Teks Asal: A good friend is when she/he is not being judgemental towards you. 

Terjemahan Melayu: Sahabat yang baik adalah ketika dia tidak bersikap menghakimi terhadapmu. 

Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)

Kawan-kawan semua

Inilah saya yang istimewa

Saya sentiasa berusaha

Menjadi insan yang berguna


4. Teks Asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge. 

Terjemahan Melayu: Tidak kira betapa bersedia anda menghadapi dunia, dunia akan sentiasa berusaha membuat anda merasa cabaran.

Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)

Sifat sabar diambil kira

Dugaan besar selalu ada


5. Teks Asal: I am willing to share what I have with others. 

Terjemahan Melayu: Saya bersedia berkongsi apa yang saya ada dengan orang lain.

Bukti: Lirik Lagu 3 (Saya yang Istimewa)

Kasih sayang dikongsi bersama

Abang kakak dan adik serta ibu bapa


6. Teks Asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do. 

Terjemahan Melayu: Apa yang saya ada hari ini tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak jujur. Jujurlah dalam semua yang anda lakukan.

Bukti: Lirik Lagu 1 (Keluarga)

Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka


7. Teks Asal: Be kind. Be honest. Work hard and do you best. 

Terjemahan Melayu:  Berbuat baik. Jujurlah. Bekerja keras dan lakukan yang terbaik.

Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri


8. Teks Asal: I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.

Terjemahan Melayu: Saya penuh dengan emosi tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan negatif kepada orang lain.

Bukti: Lirik Lagu 3 (Saya yang Istimewa)

Saya dilihat berlainan rupa

Semangat positif dikongsi bersama


9. Teks Asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden. 

Terjemahan Melayu: Walaupun emosi saya sentiasa dicabar tetapi saya akan cuba yang terbaik supaya tidak membuatkan anda terbeban. 

Bukti: Lirik Lagu 3 ( Saya yang Istimewa)

Saya dengan dunia

Belajar berdikari setiap masa



10. Teks Asal: My parents will be happy when I am a better person. 

Terjemahan Melayu: Ibu dan bapa saya akan gembira apabila saya menjadi seseorang yang lebih baik. 

Bukti: Lirik Lagu 1 ( Keluarga)

Saya berasa puas hati

Menolong ibu bapa setiap hari

Bermula di pagi hari

Sehingga malam nanti




RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You... For Us... . Terengganu: Penerbit UMT.


Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.


BUKTI KEHADIRAN MINGGU 11:



No comments:

Post a Comment