Sunday, January 10, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS


M11 – HURAIAN TESIS


Masihkah Kau Ingat?

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

Huraian: Penulisan tesis haruslah dihasilkan dengan asli tanpa meniru mana-mana artikel atau buku. Rujukan boleh dibuat daripada sumber-sumber ilmiah, namun perlu menghuraikannya dengan ayat sendiri. 


2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal. 

Huraian: Penulisan tesis perlu disemak dahulu menggunakan turnitin atau alat yang lain bagi mengelakkan plagiat dalam tesis yang dihasilkan sebelum dihantar kepada penyelia atau jurnal.


3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

Huraian: Pelajar perlu menggelakkan daripada merujuk kepada rujukan sekunder. Hal ini demikian kerana pelajar perlu meletakkan rujukan yang utama, jika dia membaca atau merujuk daripada satu kajian yang menggunakan rujukan daripada kajian yang lain. Sekiranya pelajar menggunakan rujukan daripada sesebuah kajian tetapi tiada dalam senarai rujukan di akhir penulisan tesis, ia dikira sebagai plagiat. 


4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

Huraian: Penulisan tesis perlu merujuk kepada artikel terkini sekurang-kurangnya 50 artikel berkenaan kajian dan anggaran 5 tahun sebelum. Hal ini kerana artikel terkini masih menggunakan segala infomasi dan pemahaman terhadap kajian yang masih relevan untuk pelajar gunakan sebagai rujukan. 


5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

Huraian: Seminar atau persidangan membantu pelajar atau individu yang ingin menghasilkan penulisan tesis. Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada mereka tentang kajian yang ingin dijalankan. 


6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

Huraian: Pelajar haruslah mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih pakar dan arif dalam penulisan tesis bagi mengelakkan daripada berlakunya kesalahan. Hal ini kerana pelajar lain hanya mengetahui tentang bidang kajian mereka sahaja dan bukan bidang kita. 


7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman-bacelor dan Master; 50 halaman-PhD), Bab 3 (10-12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

Huraian: Jumlah halaman dalam penulisan tesis perlu dititik beratkan oleh pelajar. Pelajar disarankan untuk menghasilkan penulisan tesis mengikut halaman yang ditetapkan. Hal ini bagi mengelakkan penulisan tesis mereka kurang pengisian dan kurang memberangsangkan. 


8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bachelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (Phd).*Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

Huraian: Syarat yang perlu dipatuhi bagi menghasilkan penulisan tesis salah satunya adalah jumlah keseluruhan halaman tesis tetapi bertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti. 


9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian. 

Huraian: Perancangan perlu dibuat supaya penulisan tesis yang dijalankan dalam keadaan yang teratur dan terkawal. Sekiranya pelajar gagal membuat perancangan yang terbaik, berkemungkinan akan menjejaskan hasil penulisan tesis. 


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


BUKTI KEHADIRAN MINGGU 11:


No comments:

Post a Comment