Tuesday, December 15, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

Alim Mustaqimbillah merupakan anak bongsu kepada Prof Dr Normaliza. Dia dibesarkan di luar negara sehingga berumur 6 tahun dek kerana Prof menyambungkan pelajarannya di sana. Alim tidak mengerti bahasa Melayu pada masa itu. Prof mengambil keputusan untuk menghantar Alim ke pusat tuisyen untuk mempelajari bahasa Melayu. Apabila pulang ke Malaysia, tidak dapat membaca langsung dalam bahasa Melayu. Selama 6 bulan Alim belajar untuk memahami suku kata dan perlu menyertai kelas pemulihan. Kini, Alim sudah berumur 21 tahun dan menyambung pelajarannya di UITM. Pada suatu hari, Prof menyuruh Alim pergi ke pejabat pos untuk mengepos surat ke Singapura. Alim perlu membeli setem untuk ditampal di surat tersebut. Alim sedaya upaya mengopek belakang setem kerana menyangka ada pelekat dibelakangnya. Namun, selepas dia menelefon Prof sendiri, Prof menyatakan bahawa setem itu hanya perlu dibasahkan sahaja lalu menampalkannya. Akhirnya, Alim berjaya melakukannya. 


KEHADIRAN MINGGU 4



No comments:

Post a Comment