Friday, June 12, 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

CERITA SOSIAL 5


Beberapa nilai yang telah dikenal pasti daripada cerita sosial 5 ini. Antaranya ialah pemurah, rajin dan sabar. Alim seorang yang pemurah kerana dia sering berkongsi apa yang dia ada kepada kawan-kawannya. Alim berkongsi dan memberikan buku kepada Sulaiman. Sikap Alim ini dapat kita contohi kerana kita perlu berkongsi dengan orang lain tidak kira siapa pun mereka.  Bukan itu sahaja, Alim juga seorang yang rajin. Dia sering menyusun dan mengemas buku-buku nya setiap hari. Kita perlu sentiasa teratur dan tertib supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Alim juga seorang yang sabar. Dia tidak pernah merungut jika dia jatuh sakit. Kita sebagai seorang manusia harus sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita baik atau buruk. Hal ini kerana setiap apa yang menimpa kita pasti akan ada hikmahnya. 

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment