Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

CERITA SOSIAL 2 




Berdasarkan Cerita Sosial 2 , terdapat 3 nilai yang pembaca dapati daripada cerita ini. Pertama adalah nilai berkongsi rezeki. Alim berkongsi rezeki iaitu buah-buahan yang dibeli oleh bapanya kepada jirannya iaitu Sulaiman. Amalan berkongsi makanan atau barang yang kita sukai adalah amalan yang baik yang boleh dicontohi. Kedua adalah nilai berterima kasih. Tidak kira dengan siapa, tua atau muda, ungkapan terima kasih adalah sesuatu ungkapan yang membawa maksud menghargai dan mencerminkan adab terhadap diri kita sendiri. Dengan ungkapan terima kasih, orang sekeliling akan lebih selesa dan menghormati kita. Ketiga adalah nilai tolong-menolong. Tolong-menolong merupakan amalan yang mulia disamping dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, dengan tolong-menolong juga kerja yang kita lakukan akan lebih mudah dan menjimatkan masa. 


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment